LAGU INI DITUJUKAN KHAS KEPADA AHLI GMS

ADAB DAN SOPAN

PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09



PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM MOHD HAFIZ BIN ILYAS YANG TIDAK MEWAKILI MPMUM

KENYATAAN PERIBADI TYDP MPM SILA CLICK SINI


Assalamualaikum wrt brkth

Saudara Mohd Ridzuan Mohamed YDP MPM UM 08/09 telah memberi respon beliau kepada kami melalui email, beliau menyatakan pihak MPMUM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab dalam kenyataan yang di buat oleh TYDP MPMUM Mohd Hafiz bin Ilyas dan Pihak MPMUM memohon sebarang penjelasan atau maklumat berhubung kenyataan saudara Mohd Hafiz ILyas pengunjung boleh merujuk kepada TYDP Mohd Hafiz bin Ilyas sendiri dan web mahasiswakini yang menyiarkan kenyataan tersebut.

Berikut Disiarkan Email yang memuatkan penafian MPMUM terlibat dalam isu GMS, MPMUM sendiri menafikansebarang campurtangan dalam hal ehwal dalaman IPT lain.




Assalamualaikum wrt brkth

rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi

1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.

2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.

3. Saya kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.

4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.

5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.

Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09

WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009

dipetik dari http://mpm-kuis.org/v3/

Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator
Thursday, 19 November 2009 08:11

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kurniaanNYA, dan yang paling penting syukur kita kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman juga Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mahasiswa sekalian,

Dengan nama Allah s.w.t, kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berbai’ah di hadapan Ybhg. Prof Dato’ Adanan bin Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tanggal 17 Safar 1430H bersamaan dengan 13 Februari 2009 demi menggalas tanggungjawab untuk menunaikan amanah yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami tetap dan akan terus berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna dan jujur sebagai perwakilan pada sesi ini dengan memperjuangkan hak serta pembangunan mahasiswa itu sendiri secara keseluruhannya.

Mutakhir ini, suasana fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sesama Islam itu sendiri sudah menjadi suatu wabak dalam kalangan masyarakat kampus yang kita cintai ini berikutan isu-isu yang timbul kebelakangan ini. Saya juga barisan perwakilan yang lain turut menerima tempiasnya. Saya sungguh kesal dengan keadaan yang berlaku ini sedangkan warga KUIS yang hampir keseluruhannya adalah orang Islam sendiri.

Demi mahasiswa juga seluruh yang ada, sekali lagi kami tegaskan di sini barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) akan tetap dan terus berusaha menjalankan amanah kami dalam menjaga serta mempejuangkan hak mahasiswa dan juga pembangunan mahasiswa itu sendiri walaupun didatangi pelbagai mehnah juga ujian yang perlu kami hadapi.

Saya mencabar serta menyeru kepada seluruh mahasiswa bahkan sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran tentang sesuatu isu untuk tampil bersemuka dengan saya sendiri dan akan kami buktikan dengan fakta yang kami ada. Dengan itu saya akan meluangkan masa setiap malam jam 9.00 p.m.-11.00p.m. pada hari Isnin-Jumaat dan menjemput sesiapa sahaja yang inginkan apa-apa penjelasan untul tampil berjumpa dengan pihak kami di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS.

Kepada mereka yang turut teraniaya dengan segala fitnah yang semakin tersebar luas ini, teruskan bersabar serta melakukan kebaikan dan tetaplah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw. Yakin dan terus yakinlah dengan janji Allah swt akan hari kemudian yakni akan adanya hari perhitungan di atas segala perbuatan yang kita lakukan walau sebesar zarah.

“ Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata pada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah Yassin : ayat 65)

Saya yakin mahasiswa mampu berfikir dan menilai dengan baik menggunakan Iman dan akal yang ada. Insya Allah.

Nasrul Izad Bin Mohd Isa

Presiden

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Saturday, November 14, 2009

Ulasan Dr Halimah Di Harakah Daily Berkenaan Yuran KUIS pada Mar 17, 09

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19877&Itemid=50

Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah - Dr Halimah
Muhammad Arif Ismail
Tue | Mar 17, 09 | 2:29:10 pm MYT

SHAH ALAM, 17 Mac (Hrkh) - Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama.

Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain.

"Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.

"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.

Manakala menurut beliau, Diploma Sains Komputer, di Kuis yuran pengajian sebanyak RM12,325; Kolej Risda Melaka, RM18,792; Kolej Infometik, RM27,200; Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260.

"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.

"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya. - mns_

6 comments:

  1. KENYATAAN DR. HALIMAH BERCANGGAH!!!!..

    klik sini untuk lihat struktur yuran..

    http://www.kuis.edu.my/malay/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=36&Itemid=93&limit=1&limitstart=2

    mmg perlu ada GMS!!!

    ReplyDelete
  2. permasalahan sekarang xkirala yuran tu mahal ke murah.. yg pnting loni kos yg perlu dibayar oleh studen.. klu nk bndingkn dgn ipta cam uitm tu mmg xmsuk akal la, kolej2 lain mmg swasta, bukan under k'jaan negeri... contohi KIAS..

    ReplyDelete
  3. Ibn Ali ... anda mmg tak tahu berbudi bhasa dalam bercakap..wat malu kt kopiah je.. jaga skit ada percakapan tu, jgn kerana mulut badan binasa.

    ReplyDelete
  4. KIAS tu kat mana wahai mujahid muda....london ke...mu jange la wat banding..cm tu....mu ingat semua struktur organisasi samo ko...., KUIS ni betui2 swasta walaupun kerajaan nogori punyer...kalau ikut kerajaan negeri dulu bee end, dia nak suruh KUIS ni independent tahu tak...independent maksudnya tak bergantung lagi dengan kerajaan negeri sendiri....cari sumber kewangan sendiri.....tapi pengurusan KUIS minta tempoh....sebab kalau KUIS jadi independent yuran lagilah tinggi.....sekarang ni KUIS dpt zakat...mu pegilah MAIS demo ramai2 minta MAIS tambah duit zakat barulah..yuran boleh turun...ngok....MUNG INGAT MUNG TAHU SEGALONYE...
    SIASAT LAH DULU BETUI2...KUIS BKN KUSZA BKN INSANIAH BKN KIDE, SEMUA KOLEJ TU DITUBUHKAN BAWAH ENAKMEN KERAJAAN NEGERI...DIORANG IPTK, INSTITUT PENGAJIAN TINGGI KERAJAAN NEGERI, KUIS IPTS...., BUKAN IPTA BKN IPTK....

    ReplyDelete
  5. tq ats penjelasan anda dengan uslub yang memang cantik dan berhemah sekali, ia sesuai dengan jatidiri sahsiah seorang mahasiswa institut pengajian islam??..

    kata-kata melambangkan orangnya,kerana setiap yang diluahkan adalah dari hati sanubari.

    maaf jika anda smua terasa.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails