LAGU INI DITUJUKAN KHAS KEPADA AHLI GMS
PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09
PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM MOHD HAFIZ BIN ILYAS YANG TIDAK MEWAKILI MPMUM
KENYATAAN PERIBADI TYDP MPM SILA CLICK SINI
Assalamualaikum wrt brkth
Saudara Mohd Ridzuan Mohamed YDP MPM UM 08/09 telah memberi respon beliau kepada kami melalui email, beliau menyatakan pihak MPMUM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab dalam kenyataan yang di buat oleh TYDP MPMUM Mohd Hafiz bin Ilyas dan Pihak MPMUM memohon sebarang penjelasan atau maklumat berhubung kenyataan saudara Mohd Hafiz ILyas pengunjung boleh merujuk kepada TYDP Mohd Hafiz bin Ilyas sendiri dan web mahasiswakini yang menyiarkan kenyataan tersebut.
Berikut Disiarkan Email yang memuatkan penafian MPMUM terlibat dalam isu GMS, MPMUM sendiri menafikansebarang campurtangan dalam hal ehwal dalaman IPT lain.
Assalamualaikum wrt brkth
rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi
1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.
2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.
3. Saya kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.
4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.
5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.
Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009
Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
| WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009 | | | |
| Written by Administrator | |
| Thursday, 19 November 2009 08:11 | |
|
Assalamualaikum w.b.t.
Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kurniaanNYA, dan yang paling penting syukur kita kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman juga Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Mahasiswa sekalian,
Dengan nama Allah s.w.t, kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berbai’ah di hadapan Ybhg. Prof Dato’ Adanan bin Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tanggal 17 Safar 1430H bersamaan dengan 13 Februari 2009 demi menggalas tanggungjawab untuk menunaikan amanah yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami tetap dan akan terus berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna dan jujur sebagai perwakilan pada sesi ini dengan memperjuangkan hak serta pembangunan mahasiswa itu sendiri secara keseluruhannya.
Mutakhir ini, suasana fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sesama Islam itu sendiri sudah menjadi suatu wabak dalam kalangan masyarakat kampus yang kita cintai ini berikutan isu-isu yang timbul kebelakangan ini. Saya juga barisan perwakilan yang lain turut menerima tempiasnya. Saya sungguh kesal dengan keadaan yang berlaku ini sedangkan warga KUIS yang hampir keseluruhannya adalah orang Islam sendiri.
Demi mahasiswa juga seluruh yang ada, sekali lagi kami tegaskan di sini barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) akan tetap dan terus berusaha menjalankan amanah kami dalam menjaga serta mempejuangkan hak mahasiswa dan juga pembangunan mahasiswa itu sendiri walaupun didatangi pelbagai mehnah juga ujian yang perlu kami hadapi.
Saya mencabar serta menyeru kepada seluruh mahasiswa bahkan sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran tentang sesuatu isu untuk tampil bersemuka dengan saya sendiri dan akan kami buktikan dengan fakta yang kami ada. Dengan itu saya akan meluangkan masa setiap malam jam 9.00 p.m.-11.00p.m. pada hari Isnin-Jumaat dan menjemput sesiapa sahaja yang inginkan apa-apa penjelasan untul tampil berjumpa dengan pihak kami di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS.
Kepada mereka yang turut teraniaya dengan segala fitnah yang semakin tersebar luas ini, teruskan bersabar serta melakukan kebaikan dan tetaplah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw. Yakin dan terus yakinlah dengan janji Allah swt akan hari kemudian yakni akan adanya hari perhitungan di atas segala perbuatan yang kita lakukan walau sebesar zarah.
“ Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata pada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah Yassin : ayat 65)
Saya yakin mahasiswa mampu berfikir dan menilai dengan baik menggunakan Iman dan akal yang ada. Insya Allah.
Nasrul Izad Bin Mohd Isa Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) |
Wednesday, November 25, 2009
GMS MEMANG SAH PENIPU PUTAR BELIT FAKTA
Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut.
Kolej tersebut, yang terletak di Nilai, milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) di kolej berkenaan Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil kepada ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzatun Aini Mohd Kassim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam jam 3.30 petang ini.
Ahmad bersama kira-kira 40 pelajar KUIS tiba di bangunan SUK setengah jam lebih awal untuk menyerahkan memorandum itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini selepas penyerahan itu, Ahmad berkata Norzatun Aini berjanji akan akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri besar untuk perhatian lanjut.
Menurutnya, sejak 2007, yuran pengajian dinaikkan lebih 100 peratus bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran berbanding tahun sebelumnya.
"Sebagai contoh, pelajar diploma Syariah membayar RM45 untuk satu jam kredit pada 2006. Tetapi ia dinaikkan sebanyak RM95 pada 2007.
"Ini bermakna, pelajar diploma membayar kira-kira RM1,500 semester pada 2006. Selepas kenaikan itu, mereka kena bayar kira-kira RM2,500 pada 2007," katanya.
Menurut Ahmad, rata-rata pelajar pengajian diploma menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM4,000 setiap semester.
Setelah ditolak beberapa pembayaran lagi seperti yuran kediaman, sukan, insurans takaful, seseorang pelajar menikmati baki antara RM400 hingga RM500 setiap semester.
(DALAM KENYATAAN ASAL GMS KATA PELAJAR HANYA BERBAKI RM 100.00 UNTUK DIBUAT SARA HIDUP)
Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, terpaksa menanggung beban kenaikan RM105 bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran kepada RM255 pada 2007 berbanding tahun sebelumnya.
Akibat kenaikan itu, tambah Ahmad, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM8,000 daripada PTPTN.
(PELAJAR IJAZAH DAPAT LEBIHAN 3000 SATU SEMESTER !!!!!!!!!)
"Baki pinjaman itu pula perlu digunakan untuk membiayai perbelanjaan seharian selama empat bulan berikutnya dan ini membebankan pelajar dari keluarga berpendapatan yang rendah," tambahnya.
Abdul Rahim Sabri
Nov 23, 09
6:57pm
Friday, November 20, 2009
Posting Menarik dari http://myikhtiar.com
Sunday, November 15, 2009
Jika saya salah, minta tolong betulkan.
Tuesday, November 17, 2009
POSTING DARI GEMA MAHASISWA
SILA CLICK DISINI UNTUK POSTING ASAL
Tuesday, November 17, 2009
Presiden Nasrul Izad telah di-ISA-kan

Beberapa kali saya membaca satu demi satu ayat yang terkandung dalam surat terbuka Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Tak puas sekali, saya baca dua kali. Lagi dan lagi.
Untuk tidak mahu ulasan saya nanti tidak bersandarkan kepada masdar yang sahih maka saya berusaha menghubungi tuan punya badan bagi mendapatkan kepastian.
"Ya", ringkas jawapannya apabila ditanya nama dan jawatannya.
Pastinya saya berhubung dengan bukan kecil-kecil orang. Beliau adalah Pengerusi kepada sebuah gabungan front-front mahasiswa yang merangkupi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) & Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
"Tak!"
Inilah jawapan beliau apabila saya bertanya adakah dia berhubung terus kepada MPMKUIS berhubung perkara yang ditulisnya yang disebut sebagai surat terbuka. Respon yang diluahkan itu katanya berdasarkan kenyataan beberapa pensyarah yang beliau kenali dan laporan beberapa akhbar.
Saya petik antara isi kandungan surat beliau: "Malangnya saya berasa sedih apabila Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS, Sdr. Nasrul Izad Bin Isa dalam suatu kenyataan akhbarnya telah membuat kenyataan bahawa “beliau menegaskan bahawa MPM tidak terbabit dengan tuntutan & penyerahan memorandum itu”. Pada saya, inilah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin mahasiswa yang telah diberikan amanah & tanggungjawab. Maafkan saya teman-teman, dalam hal ini saya terpaksa mengecam tindakan Presiden MPMKUIS tersebut kerana membelakangi prioriti beliau yang sepatutnya dilihat vokal dalam menyuarakan suara & membela hak kalian. Beliau seharusnya malu dengan pengkhianatan amanah yang telah beliau lakukan itu".
Saya puji sikap beliau yang peka dan ambil tahu tentang perkembangan semasa terutamanya hal-hal mahasiswa. Sesuai benarlah dengan status beliau sebagai Pengerusi SMM.
Namun saya sedih apabila beliau membuat kenyataan tanpa bertanya dahulu kepada tuan empunya badan iaitu Presiden MPMKUIS. Akhirnya tulisan itu menghamburkan satu tuduhan, kecaman yang tidak berasas.
Saya adalah seorang yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Saya percaya beliau juga begitu. Malah ramai di luar sana yang berfikiran waras akan menolak sama sekali undang-undang rimba ini. Satu undang-undang yang menzalimi rakyat. Belum apa-apa hukuman sudah disediakan. Tertuduh tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau membela diri atas sabitan yang dikenakan ke atas mereka.
Mana ada orang boleh terima undang-undang karut macam ini. Bodoh.
Sama juga dalam hal ini. Belum apa-apa Presiden Nasrul Izad dikecam kononnya beliau mengkhianati amanah. Beliau tidak dirujuk, penjelasana pun tiada. Alih-alih fitnah ini dilemparkan terhadap orang yang mewakafkan dirinya untuk mahasiswa di saat orang lain tidak begitu. Berat saudara-saudara. Mengapa kita meng'ISA'kan presiden badan tertinggi mahasiswa itu.
Ya, memang Nasrul Izad membuat kenyataan itu tapi harus diingat beliau menjelaskan bahawa beliau tidak tahu apa tuntutan dalam memorandum tersebut pada waktu itu. Maka sudah pasti kenyataan beliau berbunyi begitu sementelah itu bukan dari beliau bahkan tidak tahu sama sekali apa kandungannya.
Nasihat saya untuk mereka di luar sana, jika memang kita tidak mampu menahan diri kita dari mengulas isu ini maka apalah kiranya bertanya dahulu kepada yang ahlinya. Bimbang-bimbang niat kita yang ikhlas itu sangka kita baik rupa-rupanya membikin onar dan menyuburkan fitnah di kalangan kita.
“Saya tidak mengetahui perkara itu (cadangan Muktamar Khas) kerana masih belum membaca kenyataan tersebut. Saya akan hubungi dia (Nik Aziz) sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media”.
Nah! Inilah kenyataan seorang pemimpin gerakan Islam, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang apabila wartawan ingin memerangkap beliau berkenaan isu panas yang dibangkitkan oleh Mursyidul Am Parti Islam. Beliau tahu jika mengulas tanpa mendapat tahu hal yang sebenarnya hanya akan mengundang fitnah yang besar. Adab dan akhlak inilah yang seharusnya kita contohi apalagi yang bergelar pemimpin mahasiswa Islam.
Hari ini politik kampus yang saya pernah harungi satu ketika dahulu kelihatannya sangat. Politik kampus hari ini menjadi sangat jijik apabila ada sebilangan politikusnya yang membawa budaya fitnah-memfitnah, keji dan maki serta cantas-mencantas.
Mereka ini berakidahkan Machiavellisme. Matlamat menghalalkan cara. Mereka jual agama, dagang saudara. Mereka menipu dalam mesyuarat dengan menjaja nama-nama murabbi. Semua ini dilakukan agar matlamat yang diimpi menjadi realiti. Sesungguhnya kebenaran itu sangat jauh dari hati-hati mereka kerana perbuatan mereka sendiri.
Ringkas sahaja analisa Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Ust. Mohd Farid Ravi Abdullah berkenaan isu baru-baru ini, "Bughoh!"
PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09

PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM MOHD HAFIZ BIN ILYAS YANG TIDAK MEWAKILI MPMUM
KENYATAAN PERIBADI TYDP MPM SILA CLICK SINI
Assalamualaikum wrt brkth
rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi
1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.
2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.
3. Saya harap kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.
4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.
5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.
Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09
Saturday, November 14, 2009
Ulasan Dr Halimah Di Harakah Daily Berkenaan Yuran KUIS pada Mar 17, 09
Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah - Dr Halimah
| Muhammad Arif Ismail Tue | Mar 17, 09 | 2:29:10 pm MYT | |
| SHAH ALAM, 17 Mac (Hrkh) - Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara. Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama. Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain. "Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886. "Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya. Manakala menurut beliau, Diploma Sains Komputer, di Kuis yuran pengajian sebanyak RM12,325; Kolej Risda Melaka, RM18,792; Kolej Infometik, RM27,200; Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260. "Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain. "Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya. - mns_ |
KEPADA SIAPA DOA INI DITUJUKAN
DIPETIK DARI BLOG
http://prkkuis0910.blogspot.com/“ YA ALLAH, KAMI LETAKKAN KAMU DIBATANG LEHER MUSUH KAMI DAN KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI KEJAHATAN MEREKA, YA ALLAH LEBURKAN KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA, CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA, GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA, HANTARKAN ANJING- ANJING KAMU KE ATAS MEREKA, WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA, WAHAI TUHAN YANG PENUH RAKSASA, WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA, YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH, WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN AL-QURAN, WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN, WAHAI TUHAN YANG MENGALAHKAN BALA TENTERA AL-AHZAB, KALAHKAN MEREKA , MENANGKANLAH KAMI KEATAS MEREKA.”
Sungguh dasyat sekali api fitnah yang dibawa GMS sehingga doa ini sanggup diucapkan..... kepada siapa doa ini ditujukan.....pengurusan KUIS.....ataupun kepada semua kakitangan KUIS yang berjumlah 400 orang lebih.....
bukankah doa ini patut ditujukan kepada tentera musyrikin yang melawan Islam......siapa tentera musyrikin di bumi KUIS ni....renungkanlah..buanglah sifat marah yang sia-sia....
SEKADAR RENUNGAN
Apabila menyusur kebanyakan blog2 mahasiswa kuis, membaca posting berkenaan GMS, demo dan yuran KUIS, bolehlah dikatakan kebanyakan mahasiswa tidak mendapat maklumat yang jelas...ada sesetengah sedang membara api jihad, dahagakan perjuangan, tiada pengalaman serta terlalu gopoh dan berasa diri sendiri sahaja yang benar ... Label2 seperti kapitalis, zalim dan penindas yang dilabelkan kepada.. pengurusan KUIS penulis rasa agak keterlaluan. Mungkin pihak mahasiswa marah dengan pengurusan KUIs yang dikatakan tidak mendengar luahan hati dan pandangan mahasiswa tetapi..tempias amarah tersebut turut dirasakan oleh semua warga kerja KUIS tidak kira level mana ia berada, baik pengurus, eksekutif, penolong eksekutif, pembantu tadbir, pembantu am rendah, baik pensyarah dekan ataupun cleaner.
Sesetengahnya sudah berkhidmat di kuis seusia dengan umur KUIS sendiri, sejak dari zaman syeksyen 11 shah alam, dimana pelajar KUIS berjumlah 65 orang. zaman KISDAR
Mengalami sendiri susah senang berkhidmat di KUIS namum dari sehari kesehari bangga dengan pencapaian KUIS dalam memberikan peluang kedua kepada anak2 bangsa untuk belajar.
Setahun-ke setahun melihat anak2 bangsa datang dan pergi....ya datang dan pergi tetapi kami warga kerja KUIS tetap ada disini...kerana disini kami menumpah bakti..disini rezeki kami datang..kami sayang dengan tempat ini...disini lah kami bertemu jodoh..disinilah anak pertama kami lahir....melihat KUIS membesar seperti melihat anak pertama kami membesar.....kami akan tetap kekal disini selagi sang pencipta mengizinkan.
Namun...pelajar akan pergi ....paling lama 4 tahun....ya...baik GMS ataupun MPM..setakat mana anda mampu di sini....3 tahun diploma, 4 tahun ijazah...anda datang dan pergi..tinggalkanlah kenangan indah......
Tapi..ingatlah...sekali anda tinggalkan titik hitam di KUIS kami tidak redha....membina nama KUIS bukanlah sesenang anda mengangkat sepanduk, menjerit terpekik terlolong....datang dan pergi adalah lumrah..hidup manusia tetapi...kalau datang tidak menguntung...lebih baik pergi...
mengapa membuat kacau dibumi anda sendiri ..tempat anda mengambil ilmu....
dari
kakitangan KISDAR-KUIS
Blog-Blog Yang Membincangkan Kemelut DEMO GMS
Milik:
Fahrur Rozi B. Jalaluddin
Mantan Presiden
Majlis Perwakilan Mahasiswa 2006/2007
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
http://www.myikhtiar.com/
Bekas Kepimpinan MPM 07/08
http://pencinta-islam.blogspot.com/
http://facts-vs-lacks.blogspot.com/
http://nikhafizul.blogspot.com/
http://mahasiswakini.com/
http://srikandiumar.blog.friendster.com/
Blog-blog di atas hanyalah sebahagian blog yang mempunyai ulasan dan komen-komen menarik, terpulang kepada anda sekalian untuk melihat fakta atau auta ..apapun isu ini sedikit sebanyak ada kesan kepada KUIS, apa yang kita nak adalah kesan positif.....Kita sebagai warga KUIS baik pengurusan, kakitangan atau mahasiswa sendiri perlulah berusaha untuk memmartabatkan KUIS kerana baik MPM ataupun GMS masing-masing memerlukan KUIS, kita perlu bertanggungjawab atas tindakan kita. KUIS bukanlah baru sejak ditubuhkan pada tahun 1995 hingga sekarang pelbagai cabaran telah dihadapi untuk sampai ke tahap ini...14 tahun bukan lah satu masa yang singkat. Anda GMS...perlulah berfikiran matang....tindakan anda sedikit sebanyak telah menconteng arang ke nama baik KUIS yang dibina sekian lama...
Di kala warga KUIS sedang bersedih dan berkabung di atas Pemergian Mantan Presiden KUIS yang pertama Dr Haji Zainudin bin Haji Jaffar ke rahmatullah yang menjadi salah seorang yang membina KUIS dari tiada kepada..ada... kami dikejutkan dengan demo-demo yang kalau DR masih ada..tentu dia sendiri bersedih.....apapun...anda sebagai mahasiswa KUIS sepatutnya menjadi mahasiswa yang bijak dalam menilai isu dan situasi , jangan dibuai oleh darah muda anda....fikirkanlah.....
Puak GMS Pun Mengaku Yuran KUIS adalah yang termurah !!!!!
- Komen ini telah di ambil daripada
Komen ini diberikan oleh individu yang mengaku ahli GMS untuk posting
- GMS said...
-
Kita melihat IPTA dari segi mentaliti untuk meniru gaya seorang pelajar UNiversiti. Itu yang dimaksudkan dasar meneladani IPTA seperti UM dan UIA. Dari segi yuran Murah, GMS yakin bahawa tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa yuran Kuis lebih mahal berbanding IPTS lain, namun apakah setelah yuran KUIS jadi yang termurah maka ia tidak boleh diturunkan lagi? saya kira pendirian GMS soal harga yuran KUIS sudah cukup jelas.
- November 11, 2009 3:07 PM
anda semua boleh membuat tafsiran sendiri.....
kepada GMS syukurlah dengan apa yang ada.....
sebelum salahkan orang mungkin patut salahkan diri sendiri.....
Petikan Posting dari http://arrazzialhafiz.blogspot.com/
Wednesday, November 11, 2009
Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?
Antara sebab kenyataan tersebut dikeluarkan adalah melihat keterlibatan Timbalan Presiden MPM saudara Akram Ikrami Taib Azamudden dalam gerakan ini. Pelbagai andaian dibuat, dan sememangnya MPM KUIS tidak terlibat dalam gerakan ini. Keterlibatan Timbalan Presiden MPM adalah merupakan satu tindakan yang bersifat individu tanpa mengaitkan dengan mana-mana pihak. Tetapi mengapa beliau berbuat demikian?
Puluhan blog sudah saya layari, dan melihatkan ada memberi hujahan tanpa fakta, dan ada yang bersifat melulu beremosi mungkin. Berita Harian dan TV3 turut tidak terlepas daripada membuat ulasan dalam kejadian demonstrasi yang dilakukan GMS. Gerakan ini telah memainkan isu harga yuran yang semakin meningkat. Dan meminta pihak pengurusan KUIS mempertimbangkan supaya ia dapat diturunkan.
Soal penurunan harga yuran KUIS kepada berapa peratus? Saya kurang pasti. Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mempunyai fakta. Saya juga tidak mengetahui kandungan memorandum yang diserahkan kepada Dato’ Rektor. Saya percaya GMS telah melakukan satu tindakan drastik yang menyebabkan pengurusan tidak senang duduk.
Jika ditanya kepada saya, mengapa perlu dipersoalkan keterlibatan saudara Akram Ikrami. Bukankah saya sudah meletakkan ia bersifat individu?
Semasa saya memegang tampuk kepimpinan MPM 07/08 bersama pimpinan Mohd Rasyidi Ali, Mohd Ariff Abd Sarip dan lain-lain lagi terdapat beberapa isu yang dapat ditimbulkan. Kalau ada sesiapa masih ingat lagi satu edaran risalah telah dilakukan pada sekitar bulan Jun 2008. Antara kandungan adalah harga yuran yang semakin mahal. Isu tersebut telah mendapat respon daripada pihak KOSMO sehingga kami dipanggil oleh pihak pengurusan.
Setelah membuat perbincangan secara tertutup bersama Timbalan Rektor dan JPM dan akhirnya sebulat suara membentuk satu jawatankuasa yang dinamakan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS (MUAFAKAT). Suka saya bertanya, sejauh manakah mahasiswa KUIS sedar kewujudan MUAFAKAT ini? Persoalan ini saya fokuskan kepada ahli GMS terutamanya. Kerana ia dilakukan bukanlah secara berdemonstrasi tetapi secara rundingan. Saya kurang pasti adakah MUAFAKAT ini masih diteruskan? Itu kena tanya pada Presiden MPM KUIS 08/09.
MPM KUIS 07/08 telah menghadiri persidangan MUAFAKAT sebanyak dua kali iaitu pada 25 Julai 2008 dan 29 Ogos 2008. Persidangan ini diadakan di Banquet Hall First Cafe dan Bilik Galeri KUIS. Dan untuk makluman, persidangan ini bukanlah hanya dihadiri oleh Timbalan Rektor sahaja tetapi oleh semua pihak pengurusan.
Pembentangan usul ini dilakukan oleh Presiden MPM KUIS 07/08 Mohd Rasyidi Ali pada 25 Julai 2008. Dan untuk makluman juga, sebelum pembentangan usul dilakukan, pihak MPM KUIS 07/08 telah mengadakan persidangan khas bersama Majlis Perwakilan Qaryah bertujuan menyemak semula isu-isu yang perlu dimasukkan ke dalam dokumen rasmi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.
Ingin saya petik daripada keratan akhbar tentang kenyataan Presiden GMS Ahmad Syafiq Akmal.
Saya betul-betul terkejut dengan kenyataan tersebut. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Namun kenyataan tersebut secara jelas dan nyata bertentangan dengan fakta berdasarkan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2008.
Usul pihak MPM KUIS 07/08 pada 25 Julai 2008 berkenaan kenaikan yuran telah dibahaskan. Pihak Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Ustaz Mohd Khairi Bin Hj Husin bersetuju membawa usul ini di bawa pula ke mesyuarat khas bersama pengurusan tertinggi.
Pada 11 Ogos 2008, Pihak MPM KUIS 07/08 telah dimaklumkan bahawa usul kami telah diluluskan. Namun sedikit syarat dikenakan iaitu penurunan yuran pengajian berlaku kepada pelajar yang mendapat GPA 2.70 ke atas sehingga mencapai 15%. Kenyataan saya ini berdasarkan bukti dokumen rasmi Resolusi MPM KUIS 07/08 dan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2008.
Persoalan ; Mengapa GMS ditubuhkan sedangkan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS telah wujud?
Dijelaskan di sini, ahli jawatankuasa MUAFAKAT bukan hanya terdiri daripada MPM sahaja, malah ia termasuk kepada pihak pengurusan tertinggi dan pimpinan Majlis Perwakilan Qaryah (Kolej Kediaman). Dan kenyataan saya bukanlah bersifat mengaibkan sesetengah individu. Namun sepanjang proses perbahasan, jika ada di antara kami mahupun pihak pengurusan yang bersifat sambil lewa sudah pasti dimarahi.
Saya masih ingat lagi ada satu jabatan yang gagal menyiapkan suatu dokumen untuk dibentangkan kepada majlis MUAFAKAT. Akhirnya beliau dimarahi oleh pengurusan tertinggi di hadapan kami. Sedikit terkejut, namun itulah realiti sebenar yang pernah dilalui.
Setakat ini, saya masih tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Timbalan Presiden MPM KUIS 08/09 Saudara Akram Ikrami berhubung perkara ini. Saya tidak mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, namun mengapa beliau menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).
Bukankah MPM KUIS selaku badan tertinggi mempunyai saluran yang betul? Mungkin ada di antara kita yang ‘malas’ mahu berurusan dengan pihak atasan atas alasan ia sekadar melepaskan batuk ditangga. Itulah yang perlu kita hadapi, karenah birokrasi sesuatu jabatan memang sentiasa berlaku sama ada di badan kerajaan mahupun bukan bukan kerajaan.
Tindakan GMS membuat demonstrasi telah menyebabkan KUIS mendapat liputan meluas termasuk akhbar dan stesen TV3. Kesan daripada itu, saya telah dimaklumkan ramai pelajar telah menghadapi kesukaran mendapatkan tempat latihan praktikal. Dan tidak cukup itu lagi, permohonan mereka terus ditolak. Lantaran itu, saya difahamkan ada beberapa mahasiswa mula kecewa dengan tindakan GMS berhubung dengan perkara ini.
*Kenyataan saya berdasarkan fakta dan tidak menyokong mana-mana pihak.
Sekian.
http://myikhtiar.com







