LAGU INI DITUJUKAN KHAS KEPADA AHLI GMS

ADAB DAN SOPAN

PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09



PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM MOHD HAFIZ BIN ILYAS YANG TIDAK MEWAKILI MPMUM

KENYATAAN PERIBADI TYDP MPM SILA CLICK SINI


Assalamualaikum wrt brkth

Saudara Mohd Ridzuan Mohamed YDP MPM UM 08/09 telah memberi respon beliau kepada kami melalui email, beliau menyatakan pihak MPMUM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab dalam kenyataan yang di buat oleh TYDP MPMUM Mohd Hafiz bin Ilyas dan Pihak MPMUM memohon sebarang penjelasan atau maklumat berhubung kenyataan saudara Mohd Hafiz ILyas pengunjung boleh merujuk kepada TYDP Mohd Hafiz bin Ilyas sendiri dan web mahasiswakini yang menyiarkan kenyataan tersebut.

Berikut Disiarkan Email yang memuatkan penafian MPMUM terlibat dalam isu GMS, MPMUM sendiri menafikansebarang campurtangan dalam hal ehwal dalaman IPT lain.




Assalamualaikum wrt brkth

rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi

1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.

2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.

3. Saya kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.

4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.

5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.

Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09

WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009

dipetik dari http://mpm-kuis.org/v3/

Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator
Thursday, 19 November 2009 08:11

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kurniaanNYA, dan yang paling penting syukur kita kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman juga Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mahasiswa sekalian,

Dengan nama Allah s.w.t, kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berbai’ah di hadapan Ybhg. Prof Dato’ Adanan bin Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tanggal 17 Safar 1430H bersamaan dengan 13 Februari 2009 demi menggalas tanggungjawab untuk menunaikan amanah yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami tetap dan akan terus berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna dan jujur sebagai perwakilan pada sesi ini dengan memperjuangkan hak serta pembangunan mahasiswa itu sendiri secara keseluruhannya.

Mutakhir ini, suasana fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sesama Islam itu sendiri sudah menjadi suatu wabak dalam kalangan masyarakat kampus yang kita cintai ini berikutan isu-isu yang timbul kebelakangan ini. Saya juga barisan perwakilan yang lain turut menerima tempiasnya. Saya sungguh kesal dengan keadaan yang berlaku ini sedangkan warga KUIS yang hampir keseluruhannya adalah orang Islam sendiri.

Demi mahasiswa juga seluruh yang ada, sekali lagi kami tegaskan di sini barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) akan tetap dan terus berusaha menjalankan amanah kami dalam menjaga serta mempejuangkan hak mahasiswa dan juga pembangunan mahasiswa itu sendiri walaupun didatangi pelbagai mehnah juga ujian yang perlu kami hadapi.

Saya mencabar serta menyeru kepada seluruh mahasiswa bahkan sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran tentang sesuatu isu untuk tampil bersemuka dengan saya sendiri dan akan kami buktikan dengan fakta yang kami ada. Dengan itu saya akan meluangkan masa setiap malam jam 9.00 p.m.-11.00p.m. pada hari Isnin-Jumaat dan menjemput sesiapa sahaja yang inginkan apa-apa penjelasan untul tampil berjumpa dengan pihak kami di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS.

Kepada mereka yang turut teraniaya dengan segala fitnah yang semakin tersebar luas ini, teruskan bersabar serta melakukan kebaikan dan tetaplah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw. Yakin dan terus yakinlah dengan janji Allah swt akan hari kemudian yakni akan adanya hari perhitungan di atas segala perbuatan yang kita lakukan walau sebesar zarah.

“ Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata pada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah Yassin : ayat 65)

Saya yakin mahasiswa mampu berfikir dan menilai dengan baik menggunakan Iman dan akal yang ada. Insya Allah.

Nasrul Izad Bin Mohd Isa

Presiden

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Friday, November 13, 2009

INSENTIF YURAN KUIS PADA TAHUN 2008

PEMBERIAN INSENTIF KEPADA MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

  1. TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan memaklumkan pemberian insentif kepada :

    1. Bekas graduan KUIS (diploma dan ijazah sarjana muda)
    2. Mahasiswa KUIS yang sedang mengikuti program pengajian.
  1. LATAR BELAKANG

    Mesyuarat Pengurusan KUIS Bil 4/08 bertarikh 31hb Julai 2008 telah bersetuju untuk meluluskan pemberian insentif kepada mahasiswa KUIS bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh mahasiswa KUIS.


3.0 RASIONAL

Cadangan pemberian insentif ini memberikan kelebihan seperti berikut :-

    1. Mendorong para mahasiswa bersaing mencapai kecemerlangan akademik yang tinggi di KUIS bersesuaian dengan Pelan Tindakan KUIS Best University- Best Students.
    2. Setiap pelajar diberi peluang seluas-luasnya untuk menimba ilmu pada peringkat ijazah tanpa menjadikan masalah kewangan sebagai hambatan / halangan.
    3. KUIS telah melaksanakan satu tanggungjawab sosial dengan pemberian insentif ini.
    4. Menjadikan penawaran program yang berkaitan lebih ekonomik.
    5. Menggalakkan bekas graduan KUIS menyambung pengajian di KUIS.


4.0 INSENTIF

Pemberian insentif ini meliputi perkara-perkara berikut :-

    1. Memberikan 50% diskaun ke atas yuran pendaftaran bagi semua bekas graduan KUIS yang mendaftar untuk mengikuti program ijazah sarjana muda dan program sarjana KUIS.
    2. Menghapus bayaran permohonan pengecualian kredit sebanyak RM30 bagi setiap kursus yang diluluskan kepada bekas graduan KUIS.
    3. Memberi peratusan diskaun kepada semua mahasiswa KUIS pada kadar-kadar tertentu ke atas yuran pengajian (TIDAK termasuk yuran peperiksaan) berdasarkan PNG semasa para mahasiswa berkenaan. Diskaun akan dikira pada semester yang berikutnya. Kadar yang dicadangkan adalah seperti berikut:

PNG semasa %Diskaun
3.500-4.000 15
3.000-3.499 10
2.700-2.999 5

      Bagi pelajar semester akhir, hanya pelajar yang mendapat PNG semasa 3.500 ke atas sahaja yang layak mendapat pengecualian yuran graduasi.

    1. Memansuhkan caj stiker barangan elektrik yang dikenakan kepada pelajar seperti berikut :
      Barang elektrik Caj (RM)
      Charger telefon bimbit Tiada caj dikenakan
      Komputer riba / komputer Tiada caj dikenakan
      Lampu belajar Tiada caj dikenakan

5.0 TARIKH KUAT KUASA

Pekeliling ini berkuat kuasa pada sesi 1 tahun akademik 2008/2009 bagi perkara 4.1 (i hingga iii) dan sesi 2 tahun akademik 2008/2009 bagi perkara 4.1 (iv).

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails