LAGU INI DITUJUKAN KHAS KEPADA AHLI GMS

ADAB DAN SOPAN

PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09



PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM MOHD HAFIZ BIN ILYAS YANG TIDAK MEWAKILI MPMUM

KENYATAAN PERIBADI TYDP MPM SILA CLICK SINI


Assalamualaikum wrt brkth

Saudara Mohd Ridzuan Mohamed YDP MPM UM 08/09 telah memberi respon beliau kepada kami melalui email, beliau menyatakan pihak MPMUM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab dalam kenyataan yang di buat oleh TYDP MPMUM Mohd Hafiz bin Ilyas dan Pihak MPMUM memohon sebarang penjelasan atau maklumat berhubung kenyataan saudara Mohd Hafiz ILyas pengunjung boleh merujuk kepada TYDP Mohd Hafiz bin Ilyas sendiri dan web mahasiswakini yang menyiarkan kenyataan tersebut.

Berikut Disiarkan Email yang memuatkan penafian MPMUM terlibat dalam isu GMS, MPMUM sendiri menafikansebarang campurtangan dalam hal ehwal dalaman IPT lain.




Assalamualaikum wrt brkth

rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi

1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.

2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.

3. Saya kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.

4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.

5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.

Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09

WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009

dipetik dari http://mpm-kuis.org/v3/

Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator
Thursday, 19 November 2009 08:11

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kurniaanNYA, dan yang paling penting syukur kita kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman juga Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mahasiswa sekalian,

Dengan nama Allah s.w.t, kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berbai’ah di hadapan Ybhg. Prof Dato’ Adanan bin Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tanggal 17 Safar 1430H bersamaan dengan 13 Februari 2009 demi menggalas tanggungjawab untuk menunaikan amanah yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami tetap dan akan terus berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna dan jujur sebagai perwakilan pada sesi ini dengan memperjuangkan hak serta pembangunan mahasiswa itu sendiri secara keseluruhannya.

Mutakhir ini, suasana fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sesama Islam itu sendiri sudah menjadi suatu wabak dalam kalangan masyarakat kampus yang kita cintai ini berikutan isu-isu yang timbul kebelakangan ini. Saya juga barisan perwakilan yang lain turut menerima tempiasnya. Saya sungguh kesal dengan keadaan yang berlaku ini sedangkan warga KUIS yang hampir keseluruhannya adalah orang Islam sendiri.

Demi mahasiswa juga seluruh yang ada, sekali lagi kami tegaskan di sini barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) akan tetap dan terus berusaha menjalankan amanah kami dalam menjaga serta mempejuangkan hak mahasiswa dan juga pembangunan mahasiswa itu sendiri walaupun didatangi pelbagai mehnah juga ujian yang perlu kami hadapi.

Saya mencabar serta menyeru kepada seluruh mahasiswa bahkan sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran tentang sesuatu isu untuk tampil bersemuka dengan saya sendiri dan akan kami buktikan dengan fakta yang kami ada. Dengan itu saya akan meluangkan masa setiap malam jam 9.00 p.m.-11.00p.m. pada hari Isnin-Jumaat dan menjemput sesiapa sahaja yang inginkan apa-apa penjelasan untul tampil berjumpa dengan pihak kami di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS.

Kepada mereka yang turut teraniaya dengan segala fitnah yang semakin tersebar luas ini, teruskan bersabar serta melakukan kebaikan dan tetaplah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw. Yakin dan terus yakinlah dengan janji Allah swt akan hari kemudian yakni akan adanya hari perhitungan di atas segala perbuatan yang kita lakukan walau sebesar zarah.

“ Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata pada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah Yassin : ayat 65)

Saya yakin mahasiswa mampu berfikir dan menilai dengan baik menggunakan Iman dan akal yang ada. Insya Allah.

Nasrul Izad Bin Mohd Isa

Presiden

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Saturday, November 14, 2009

Petikan Posting dari http://arrazzialhafiz.blogspot.com/



"Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk"

[Al-Baqarah 2:16]

Mudah-mudahan peringatan dari Al-Quran Kalamullah ini memberikan kita satu peringatan yang jelas dalam kita menjalani kehidupan sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi ini.

11 November (Rabu) yang lalu saya ada mengirimkan satu kenyataan saya kepada Mahasiswakini.com berkenaan apa yang berlaku di KUIS.

Sebelum itu, saya membuat satu teguran kepada Sidang Editornya atas laporan yang hanya memuatkan sebelah pihak sahaja tanpa ada kenyataan dari pihak satu lagi yang berkaitan. Dalam kes ini pastinya MPMKUIS.

Syukur respon yang cepat saya peroleh dari Ketua Editor Mahasiswakini.com. Katanya, amat mengalu-alukan sebarang kenyataan media dan penjelasan dari sesiapapun berhubung isu tersebut dan semoga usaha ini akan memberi manfaat bersama kepada kita semua.

Sampai saat ini nampaknya kenyataan isu KUIS dari saya atas kapasiti bekas Presiden MPMKUIS tidak disiar-siarkan. Tak mengapalah, memerlukan sedikit sabar agaknya. Atau mungkin juga kenyataan itu tidak ada nilai berita pada mereka. Hanya mereka yang tahu. Dalam masa yang sama saya turut tinggalkan komen pada entri "Mahasiswa demo, desak KUIS turun harga". Siap dengan saya sertakan beberapa pautan laman blog yang saya kira boleh jadi rujukan kes kepada para pembaca. Namun sampai saya bagai dibakulsampahkan. Tiada langsung.

Mungkin itu yang maksudkan dengan 'berani dan bebas'. Mungkin itu jugalah yang dikatakan sebagai non-partisan (tidak memihak) dalam melaporkan tentang dunia mahasiswa.

"Baru aku tahu...!" getus hati kecilku.

Petang semalam Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Dr. Halimah Ali memberikan respon terhadap permohonan saya untuk berjumpa dengan pihak beliau. Maaf katanya. Kesibukan kerana Sidang DUN Selangor yang sedang berlangsung. Tak mengapa YB Dr. Saya faham benar dan terima kasih atas satu respon yang sangat baik.

Insya-Allah, Jumaat hadapan saya akan mengadap beliau atas beberapa isu yang telah disepakati. Saya amat berharap pertemuan itu membuahkan hasil yang sangat baik dan menguntungkan semua pihak. Kita mahu menamatkan semua kekeliruan yang timbul waima dari sesiapapun.

Selepas HIMSIS, keadaan sudah menyerlahkan tanda-tanda yang sangat memberangsangkan. Tinggal lagi bagaimana perkembangan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Soal saya, mengapa takut bayang-bayang sendiri?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails