LAGU INI DITUJUKAN KHAS KEPADA AHLI GMS
PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09
PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM MOHD HAFIZ BIN ILYAS YANG TIDAK MEWAKILI MPMUM
KENYATAAN PERIBADI TYDP MPM SILA CLICK SINI
Assalamualaikum wrt brkth
Saudara Mohd Ridzuan Mohamed YDP MPM UM 08/09 telah memberi respon beliau kepada kami melalui email, beliau menyatakan pihak MPMUM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab dalam kenyataan yang di buat oleh TYDP MPMUM Mohd Hafiz bin Ilyas dan Pihak MPMUM memohon sebarang penjelasan atau maklumat berhubung kenyataan saudara Mohd Hafiz ILyas pengunjung boleh merujuk kepada TYDP Mohd Hafiz bin Ilyas sendiri dan web mahasiswakini yang menyiarkan kenyataan tersebut.
Berikut Disiarkan Email yang memuatkan penafian MPMUM terlibat dalam isu GMS, MPMUM sendiri menafikansebarang campurtangan dalam hal ehwal dalaman IPT lain.
Assalamualaikum wrt brkth
rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi
1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.
2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.
3. Saya kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.
4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.
5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.
Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009
Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009 |
Written by Administrator | |
Thursday, 19 November 2009 08:11 | |
Assalamualaikum w.b.t.
Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kurniaanNYA, dan yang paling penting syukur kita kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman juga Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Mahasiswa sekalian,
Dengan nama Allah s.w.t, kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berbai’ah di hadapan Ybhg. Prof Dato’ Adanan bin Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tanggal 17 Safar 1430H bersamaan dengan 13 Februari 2009 demi menggalas tanggungjawab untuk menunaikan amanah yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami tetap dan akan terus berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna dan jujur sebagai perwakilan pada sesi ini dengan memperjuangkan hak serta pembangunan mahasiswa itu sendiri secara keseluruhannya.
Mutakhir ini, suasana fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sesama Islam itu sendiri sudah menjadi suatu wabak dalam kalangan masyarakat kampus yang kita cintai ini berikutan isu-isu yang timbul kebelakangan ini. Saya juga barisan perwakilan yang lain turut menerima tempiasnya. Saya sungguh kesal dengan keadaan yang berlaku ini sedangkan warga KUIS yang hampir keseluruhannya adalah orang Islam sendiri.
Demi mahasiswa juga seluruh yang ada, sekali lagi kami tegaskan di sini barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) akan tetap dan terus berusaha menjalankan amanah kami dalam menjaga serta mempejuangkan hak mahasiswa dan juga pembangunan mahasiswa itu sendiri walaupun didatangi pelbagai mehnah juga ujian yang perlu kami hadapi.
Saya mencabar serta menyeru kepada seluruh mahasiswa bahkan sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran tentang sesuatu isu untuk tampil bersemuka dengan saya sendiri dan akan kami buktikan dengan fakta yang kami ada. Dengan itu saya akan meluangkan masa setiap malam jam 9.00 p.m.-11.00p.m. pada hari Isnin-Jumaat dan menjemput sesiapa sahaja yang inginkan apa-apa penjelasan untul tampil berjumpa dengan pihak kami di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS.
Kepada mereka yang turut teraniaya dengan segala fitnah yang semakin tersebar luas ini, teruskan bersabar serta melakukan kebaikan dan tetaplah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw. Yakin dan terus yakinlah dengan janji Allah swt akan hari kemudian yakni akan adanya hari perhitungan di atas segala perbuatan yang kita lakukan walau sebesar zarah.
“ Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata pada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah Yassin : ayat 65)
Saya yakin mahasiswa mampu berfikir dan menilai dengan baik menggunakan Iman dan akal yang ada. Insya Allah.
Nasrul Izad Bin Mohd Isa Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) |
Wednesday, November 11, 2009
KOMEN PRO DAN KONTRA TERHADAP GMS DI MAHASISWAKINI
November 11th, 2009 at 7:47 pm
DIATAS ADALAH KOMEN DARI GMS...ANDA BACA PULA KOMEN BALASNYA
43. #43 bengang kat GMS
November 11th, 2009 at 9:50 pm
hehe,,wei bai,..aku tahu sape ko….ko ckp mcm bagus,,ko kan penmawas GMS eh silap pengasas…aku tertarik pasal..statment ko nak settle masalah pelajar yang kena reject tranee…ko tahukan syarikat ambil student praktikel tu atas jasa baik je tau,,,sedangkan staff kontrak pun boleh terminate 24 hour apatah lagi student praktikel..dah le tu mask praktikel pun belum…
ko nak sama syarikat tu semua….lepas tu ape…hahaha lepas ni semua syarikat satu malaysia pun taknak ambil student kuis buat praktikel….. nak buat apa ambil belum masuk praktikel dan nak saman syarikat tempat praktikel kalau jadi staff mungkin hari2 buat demo turun gaji hehehe…
lagi satu ko ingat kes saman boleh settle setahun dua tahun…budak2 yg nak praktikel tu dah pencen baru kes tu settle hahahahahaah lawak lah lawak….
alih2 semua student kuis buat praktikel kat syarikat guaman tu je hahaahahahahahaha
ko pegi belajar lah wei….
kpd ponpon…
apa yg anda tahu?
sapa yg keluarkn statement mengatakan GMS ckp lecture mkn gaji haram?
ada bukti kami yg ckp?
sy x mrh time tulis komen ni..
adakah kamu kenal sy?
men tuduh bukan2..
mmg x semua islamic,tp adakah semua munafik?
jgn ckp satu benda kalau xda fakta..
apa kamu tahu tentang kepimpinan?
apa yg kamu tahu????
untuk pengetahuan pon2,
pihak kami telah menubuhkan panel undang2 yg telah dilantik dari firma2 guaman yg berdaftar..
kami kemukan sesiapa yg reject 2, dtg jumpa kami, kami akn setelkan melalui laluan undang2,
ada yg tampil?
kalau benar disebabkan GMS mereka di reject,knape x direject semua sekali yg memohon?
knapa dari jumlah yg ramai hanya segelintir yg di reject?
mngapa x semua?
itu kerana,ada mslah dari pihak individu itu sendiri..
awk x tahu fakta, jgn bercakap,malu dr sendiri je nanti…
xtahu,wat cara xtahu,jgn belagak pandai..
sedangkan MAHASISWA2 dr LUAR sendiri menyokong GMS,EXCO selangor juga menyokong,NGO2 lain pon turut mrnyokong,tp yg kecil2 mcm kamu membantah..
siapa kamu?
sy hormati pendirian kamu,tp tlg teliti dahulu,bru lontarkan pandangan…
jgn bercakap atas dasar emosi..
(~Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa~)