LAGU INI DITUJUKAN KHAS KEPADA AHLI GMS

ADAB DAN SOPAN

PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09



PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM MOHD HAFIZ BIN ILYAS YANG TIDAK MEWAKILI MPMUM

KENYATAAN PERIBADI TYDP MPM SILA CLICK SINI


Assalamualaikum wrt brkth

Saudara Mohd Ridzuan Mohamed YDP MPM UM 08/09 telah memberi respon beliau kepada kami melalui email, beliau menyatakan pihak MPMUM tidak terlibat dan tidak bertanggungjawab dalam kenyataan yang di buat oleh TYDP MPMUM Mohd Hafiz bin Ilyas dan Pihak MPMUM memohon sebarang penjelasan atau maklumat berhubung kenyataan saudara Mohd Hafiz ILyas pengunjung boleh merujuk kepada TYDP Mohd Hafiz bin Ilyas sendiri dan web mahasiswakini yang menyiarkan kenyataan tersebut.

Berikut Disiarkan Email yang memuatkan penafian MPMUM terlibat dalam isu GMS, MPMUM sendiri menafikansebarang campurtangan dalam hal ehwal dalaman IPT lain.




Assalamualaikum wrt brkth

rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi

1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.

2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.

3. Saya kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.

4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.

5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.

Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09

WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009

dipetik dari http://mpm-kuis.org/v3/

Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
WARKAH RASMI PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA SESI 2008 / 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator
Thursday, 19 November 2009 08:11

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Allah s.w.t. di atas segala kurniaanNYA, dan yang paling penting syukur kita kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman juga Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mahasiswa sekalian,

Dengan nama Allah s.w.t, kami di barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) telah berbai’ah di hadapan Ybhg. Prof Dato’ Adanan bin Isman, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tanggal 17 Safar 1430H bersamaan dengan 13 Februari 2009 demi menggalas tanggungjawab untuk menunaikan amanah yang diberikan kepada kami. Oleh itu, kami tetap dan akan terus berusaha dalam menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna dan jujur sebagai perwakilan pada sesi ini dengan memperjuangkan hak serta pembangunan mahasiswa itu sendiri secara keseluruhannya.

Mutakhir ini, suasana fitnah-menfitnah, jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain sesama Islam itu sendiri sudah menjadi suatu wabak dalam kalangan masyarakat kampus yang kita cintai ini berikutan isu-isu yang timbul kebelakangan ini. Saya juga barisan perwakilan yang lain turut menerima tempiasnya. Saya sungguh kesal dengan keadaan yang berlaku ini sedangkan warga KUIS yang hampir keseluruhannya adalah orang Islam sendiri.

Demi mahasiswa juga seluruh yang ada, sekali lagi kami tegaskan di sini barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) akan tetap dan terus berusaha menjalankan amanah kami dalam menjaga serta mempejuangkan hak mahasiswa dan juga pembangunan mahasiswa itu sendiri walaupun didatangi pelbagai mehnah juga ujian yang perlu kami hadapi.

Saya mencabar serta menyeru kepada seluruh mahasiswa bahkan sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran tentang sesuatu isu untuk tampil bersemuka dengan saya sendiri dan akan kami buktikan dengan fakta yang kami ada. Dengan itu saya akan meluangkan masa setiap malam jam 9.00 p.m.-11.00p.m. pada hari Isnin-Jumaat dan menjemput sesiapa sahaja yang inginkan apa-apa penjelasan untul tampil berjumpa dengan pihak kami di Pejabat Urusan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS.

Kepada mereka yang turut teraniaya dengan segala fitnah yang semakin tersebar luas ini, teruskan bersabar serta melakukan kebaikan dan tetaplah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan mencontohi akhlak baginda Rasulullah saw. Yakin dan terus yakinlah dengan janji Allah swt akan hari kemudian yakni akan adanya hari perhitungan di atas segala perbuatan yang kita lakukan walau sebesar zarah.

“ Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata pada Kami, dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan” (Surah Yassin : ayat 65)

Saya yakin mahasiswa mampu berfikir dan menilai dengan baik menggunakan Iman dan akal yang ada. Insya Allah.

Nasrul Izad Bin Mohd Isa

Presiden

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Saturday, November 14, 2009

Posting Menarik Dari http://pencinta-islam.blogspot.com/

Maaflah Machiavellians, aku tak dapat duduk diam.



gambar dari web6.bernama.com

Maaflah, semalam memang saya kata nak tawaquf. Saya juga sebenarnya sudah berjanji dengan Atiqah saya dan seorang sahabat baik saya supaya tak keluar perkataan kesat lagi. Tetapi malam tadi, selepas dikaji dan difikir semula, masih ada yang tak berapa kena. Mari kita siasat!

----------

Baik, IPTS paling kurang pun mesti ada matlamat profit. Paling kurang.

OK, jadi kita katakan KUIS disupport MAIS. Soal di sini, siapa yang support MAIS pula?

Jadi, macam mana MAIS nak running maintenance fasiliti KUIS yang serba mewah ini?

OK. Kita katakan Kerajaan Negeri pula. Pakatan. Eh, bukankah lebih afdhal dan lebih rasio Kerajaan Negeri beri bantuan kepada rakyat warganegeri Selangor dari beri kepada para pelajar bukan warganegeri Selangor yang belajar di KUIS?

Hmm, jadi kalau fasiliti KUIS yang amat mewah ini ditambah dengan kemudahan kredit SPM yang rendah untuk memasukinya berserta yuran pengajian yang murah tidak mencekik darah, bukankah seluruh Rakyat 1 Malaysia tergiur untuk masuk KUIS?

Baik, begini. Kita tidak pertikai tentang yuran yang mahal. Kita pun berharap yuran akan turun. Tetapi dalam masa yang sama, kena perhalusi juga, kita ini IPTA atau IPTS? Kalau IPTA, logik sangatlah buat demonstrasi turunkan yuran. Disebabkan apa? Disebabkan mereka, yakni IPTA dapat bantuan subsidi dari Kerajaan. Tetapi, masalah hari ini, ini adalah IPTS KUIS!! Tak kelakarkah, kalau kita masuk Lim Kok Wing n then minta yuran pengajian Lim Kok Wing diturunkan? Ikut suka hati mak bapak Lim Kok Winglah nak turun ke nak naik!!

Di sini, kita bukan bermaksud untuk tidak bersimpati dengan para pelajar, tetapi di sini kita mahu mengajar, roh keadilan tidak boleh terbina dengan tiang-tiang penipuan serta pemalsuan demi pemalsuan fakta kebenaran.

Begini, terms & conditions PTPTN itu untuk apa? Untuk pengajian atau sara hidup? Thats mean, kalau sara hidup itu tentu sekalilah termasuk makan minum, kain baju, nikah kahwin, dan yang pasti, sara hidup mahasiswa yang sudah kahwin dan masih belajar amat berbeza dengan mahasiswa yang bujang. Serta, sara hidup mahasiswa yang ada anak tentu berbeza dengan yang tidak ada anak. Soal di sini, term PTPTN itu untuk apa?

Inilah bezanya antara PTPTN dan biasiswa. Biasiswa untuk pembelaan bukan seperti PTPTN yang berbentuk hutang. Jadi, clear tak kat sini? PTPTN or KUIS yang bersalah dalam perkara ini? Mungkin selepas ini patut diatur juga demonstrasi depan ibu pejabat PTPTN.

Simpati kami berbunyi begini; katakan yuran pengajian RM 3900. PTPTN pula RM 4000. Maka cuma berbaki RM 100. Jadi duit makan / duit poket??? Nak ambil dari mana? Ha, mintalah dari mak ayah kita. Sama juga, kalau kita tak mengaji di sini n then kita duduk di mana-mana sahaja serta tidak bekerja pula, bukankah ia adalah tanggungjawab keluarga kita untuk menyara kita? Bukankah ianya sama sahaja?

Jadi, kalau yuran sara hidup yang mahu diperjuangkan, maka perjuangkanlah dengan lebih telus dan lebih menyeluruh. Jangan setakat malukan KUIS sahaja. Malukanlah seluruh IPTS dan IPTA yang wujud atas muka bumi ini. Kemudian buatlah demo depan pejabat PTPTN minta ubah badan itu jadi badan biasiswa. Nah, kalau perjuangkan pendidikan percuma, nyiru tangan kami tadahkan untuk bersama perjuangan!

OK. Akhir, soal lebihan dalam PTPTN. Saya rasa, lebihan itu diberikan untuk digunakan kita membeli alat tulis, bahan-bahan bacaan, fotostat bahan seperti flyers, hand - out, serta lain-lain lagi seperti nota-nota dan buku pensyarah. Kalau lebihan kita mencecah RM 2000 pun, apa masalahnya?

Isy, bukankah sudah dikatakan tadi, PTPTN adalah hutang? Maka, lebihan RM 2000 atau RM 2.00 pun, semuanya perlu dibayar balik. Tidak timbul persoalan PTPTN rugi. Jelas? | 2 ulasan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails